RAWATAN ALTERNATIF

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh....

Bismillahirrahmannirrahim....

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam...Selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.keluarga serta para sahabat dan pengikutnya....

Alhamdulillah.... Terima kasih Kepada semua pembaca yang dihormati lagi dikasihi atas kunjungan anda semua ke blog saya....semoga kita semua berada di dalam peliharaan serta perlindungan dan moga dirahmati serta diberkati Allah SWThendaknya.... Amin ya rabbalallamin....





Kepada semua / sesiapa yang ingin
berikhtiar dan bertawakkal...silalah menghubungi saya... di http://www.ikhtiarilahi.blogspot.com/
atau di nombor 013-9627969
Insyaallah akan saya ikhtiarkan....
terbuka kepada semua.... muslim & non muslim

"Laahaulawala quwataillabillah"

(Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah)

“ Laa ilaaha illallah, Wahdahuu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadir”

(Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Esa, Tiada Sekutu Bagi-Nya, Bagi-Nya Semua Kerajaan dan Bagi-Nya Segala Kepujian, Yang Menghidupkan dan Mematikan dan Dia Jualah Yang Maha BERKUASA di atas Segala Sesuatu)


Insyaallah dengan izinNya... moga dipermudahkan segala urusan dan dikabulkan segala hajat kita...
Amin ya rabbal allamin....


Sekian.. Terima kasih...


Wassallam mualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..........


Tuesday, November 11, 2014

Sampaikan...

Sampaikan...
Assalamualaikum wbt... peringatan buat diri ini..
✅😧Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.
Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.
Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)
Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."
Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"
Ayah: "Silakan."
Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"
Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."
Anak: "Itu je?"
Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."
Anak: "Wah..nak tahu.."
Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."
Anak: "Apa dia?"
Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."
Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"
Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."
Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."
Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."
Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.
Seketika, si anak tersedar dari mimpi.
Linangan air mata hangat mengalir di pipi.
Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.
Nasihat ayah bonda kekal di hati.

Thursday, October 16, 2014

Sabda Rasulullah s.a.w :

Sabda Rasulullah s.a.w :

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...


1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan


Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.” Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: “Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 
“Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha melaakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga bermanfaat untuk dikongsikan, sama-samalah kita menyebarkan dakwah islam walaupun sepatah kata-kata.

9 Peringkat Terhadap Solat



Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah di sini ada sedikit perkongsian ilmu dari ana berkaitan solat. Dalam solat jua terdapat 9 jenis peringkat manusia yang mengerjakan solat.

Dalam peringkat-peringkat solat yang ada, cuba kita nilai seketika di mana tahap solat kita. Untuk merubah diri  ke arah solat berkualiti, kita muhasabah sejauh mana tahap solat kita selama ini. 

Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. 

Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. 

Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. 

Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. 

Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. 

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. 

Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. 

Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).

Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. 

Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. 

Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . 

Namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)

Golongan 9

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. 

Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya.

Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. 

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Adakah solat yang kita  kerjakan selama ini berkualiti?

"mari memperbaiki solat kita ibu pada segala ibadah." 

Semoga bermanfaat untuk dikongsikan

Peringatan Untuk Diri Ini Yang Lalai

Peringatan Untuk Diri Ini Yang Lalai



Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt:
“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui” 

Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh tuhan.

Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin memberi peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.”

Hadis riwayat imam Tirmizi.
Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. 

Firman Allah swt:
“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?”

*Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampir dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. 

Firman Allah swt:
“ Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.”

*Ayat 8 surah al-Jumaah

Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. 

Firman Allah swt:
“ Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”

*Ayat 22 surah az-Zumar.

Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:
“ Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…”

*Ayat 16 surah al-Hadid

Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). 

Firman Allah swt:
“ Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.”

*Ayat 99,100 surah al-Mukminun

Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. 

Firman Allah swt:
“ Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal.”

*Ayat 78 surah an-Nisa

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. 

Nabi Muhammad saw bersabda:
“ Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).”

*Hadis riwayat Imam al-Hakim

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.

Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,

Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,

Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali.

Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya.

Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu.


Sejarah Permulaan Solat Jumaat

Sejarah Permulaan Solat Jumaat



Dalam hadis-hadis sahih banyak dijelaskan bahawa permulaan Rasulullah s.a.w mengerjakan solat jumaat di MADINAH, di mana setelah Rasulullah s.a.w sampai di Quba’ dalam perjalanan ke Madinah.

Rasulullah s.a.w berhenti di kampong Amr Ibn ‘Auf. Baginda tinggal di situ telah membina sebuah masjid bersama kaum muslimin. Kemudian pada hari jumaat Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanannya.

Ketika tiba waktu solat Jumaat baginda telah sampai ke kampung Bani Salim Ibn ‘Auf. Maka baginda terus mengerjakan solat Jumaat di salah satu masjid di dalam sebuah lembah. Maka itulah permulaan solat Jumaat yang dilaksanakan Rasulullah SAW di daerah Madinah. 

Khutbah Rasulullah yang pertama yang disampaikan ialah mengenai jumlah orang yang mengikuti solat Jumaat dan mengenai syarat jamaah dalam mendirikan solat Jumaat.

Tambahan lagi, kaum muslimin wajib mengerjakan solat Jumaat di mana sahaja dia berada. Sebab dinamakan solat Jumaat diantaranya ialah dikerjakan pada hari Jumaat. Selain itu, sesetengah ulama’ berpendapat bahawa dinamakan solat Jumaat kerana pada hari itu para penduduk berkumpul atau berjamaah. 

Menurut Al-Allamah Muhammad Ahmad Syakir pula menegaskan bahawa jemaah itu merupakan suatu tuntutan yang berdiri sendiri yang bermaksud mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat tanpa ada halangan atau uzur maka ia berdosa. 

Sementara itu menurut mazhab Imam Syafi’I berjamaah dalam mengerjakan solat Jumaat itu wajib dan termasuk dalam syarat sah mendirikan solat Jumaat. Seandainya seseorang meninggalkan atau tertinggal atau tidak sempat menunaikannya harus menggantinya dengan solat Zohor. 

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat sesudah khutbah pada waktu Zohor di hari Jumaat. Hukumnya ialah fardu Ain, ertinya wajib keatas tiap-tiap lelaki yang dewasa, yang beragama islam, merdeka dan bermaustatin. Tidak wajib keatas perempuan, kanak-kanak, hamba sahaya dan orang yang sedang dalam perjalanan.


Firman Allah SWT ; 
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingat Allah dan tinggallah jual beli”. (Al-Jum’ah:9)
Kemudian Rasulullah bersabda; 
“Jumaat itu hak yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang islam dengan berjamaah bersama-sama, kecuali empat macam, hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak, dan orang sakit.” (HR Abu Daud dan Hakim)

Antara halangan dalam mengerjakan solat Jumaat pula ialah kerana sakit yang memudaratkan dan hujan iaitu apabila hujan itu menimbulkan kesukaran seseorang itu hendak ke masjid. Khutbah Jumaat mempunyai rukun dan syarat. 

Antara rukun dua khutbah Jumaat ialah mengucap puji-pujian kepada Allah, selawat keatas Rasulullah SAW, mengucap syahadah, berwasiat atau memberikan nasihat, membaca ayat Al-Qur’an pada salah satu khutbah, mendoakan untuk mukminin dan mukminat pada khutbah kedua. 

Antara syarat-syarat dua khutbah pula ialah hendaklah kedua-dua khutbah itu dimulai sesudah tergelincir matahari, sewaktu berkhutbah khatib hendaklah berdiri jika berkemampuan, khatib hendaklah duduk di antara dua khutbah, hendaklah bersuara jelas mudah didengari oleh sidang Jumaat, hendaklah berturut-turut (baik rukunnya atau jarak keduanya mahupun dengan solat), khatib hendaklah suci daripada hadas dan najis dan khatib harus menutup aurat. 

Hikmah mengerjakan solat Jumaat pula ialah dapat mendidik umat Islam untuk hidup bermasyarakat dengan tertib dan teratur. Selain itu, solat Jumaat mengandungi nilai-nilai rohaniah dan kemasyarakatan yang sangat tinggi disamping bertujuan menyatukan kaum muslimin dan menumbuhkan rasa kasih sayang sesama umat Islam. 

Tambahan lagi dapat membangun persatuan kaum muslimin yang kuat dan dapat memuhasabahkan diri.

Kongsi adalah dengan berkongsi

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W


SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) 

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. 

Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. 

Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” 

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS 
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan