Assalamualaikum dan salam jumaat dari Anne..
Bersyukur kerana masih bernafas di atas muka bumi ini..
Dan bersyukur, setiap bulan rezeki masih bertambah2...
Berkat kesabaran dan usaha Anne...
Apa yang penting keinginan dan minat..
so, today Anne nak share dengan kawan-kawan Anne mengenai tips rawat demam...Sebab sekarang ni musim demam kan...Sebab keadaaan cuaca dan persekitaran ...
1) MULAKAN DARI KAKI
Teknik mulakan dari kaki ini adalah dengan jirus air bermula dari kaki baru ke kepala...
Teknik ini bukan sahaja untuk bayi, kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh mengamalkannya setiap hari.
2) TEKNIK WET SOCKS
Mungkin kedengaran pelik, namun untuk pengetahuan kawan-kawan , teknik ini mampu merawat demam yang kawan-kawan hidapi mahupun si kecil..
Caranya, ambil sepasang stokin dari material kapas, basahkan dan pakaikan kepada mereka..Pastikan ia cukup panjang bagi menutup bahagian buku lali. Ulangi sehingga suhu badan turun.
3) TIDAK PERLU ELAK AIR BATU
Kebiasaannya ibu bapa akan melarang anak-anak mereka mengambil ais semasa diserang demam. Namun hakikatnya, tiada sebarang kajian menunjukkan bahawa air batu dilarang semasa demam sebaliknya digalakkan terutama untuk mereka yang mengalami masalah tonsil.
Tapi kaedah ni Anne tak guna kerana anak Anne memang tak minum ais..Aiskrim pun yang jenis macam cornetto tu bolehlah...tapi itu pun bukan selalu...sebab mereka jenis alah..Kalau makan, minum yang sejuk-sejuk ni akan batuklah kong kong...nanti selesema , kena pakai nebulizer pulak..
Mencegah lebih baik dari merawat kan...
Okay
4) MENGELUH MELAMBATKAN PENYEMBUHAN
Berdasarkan satu kajian di Australia, dikatakan semasa dalam tekanan sel-sel darah putih akan mengeluarkan satu neurotransmiter iaitu neuropeptidey, satu bahan kimia yang merencat sistem pertahanan tubuh. Oleh itu penyakit akan lambat sembuh jika anda mengeluh dan merasa tertekan.
Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psychology) bagi merawat demam. Sebagai contoh katakan demam yang dialami hanya beberapa hari dan selebihnya anda sihat.
Anda juga dicadangkan bertenang, menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan bagi membantu meningkatkan kapasiti oksigen yang masuk ke dalam paru-paru untuk dihantar ke kawasan tubuh dan sendi yang terasa sakit. Pendek kata , anda perlu bersikap positif.
5) PROBIOTIK PULIHKAN DEMAM
Secara umumnya probiotik adalah bakteria baik yang melekat pada dinding usus manusia untuk menjadikan manusia kekal sihat dan kuat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Menurut Profesor Patricia Conway dari Pusat Inovasi Biomarin Sains Bioteknologi dan Biomolekul , Universiti New South Wales, Sydney probiotik mampu memulihkan demam dan mempertingkatkan pertahanan badan.
6) HINDARI KAFEIN KETIKA DEMAM
Hindari penggunaan kafein ketika demam kerana ia membuatkan tubuh menajadi kering.
7) JANGAN SELIMUT
Dikala demam ramai yang suka selimutkan tubuh dengan selimut dan pakai pakaian yang tebal. Sebenarnya tanggapan ini ternyata silap besar kerana udara panas dari tubuh tidak boleh keluar dan mengakibatkan suhu naik dengan mudah dan mendorong kekejangan
8) AMBIL SUHU BADAN
Ukur suhu ketiak dengan termometer empat kali sehari setiap empat hingga lima jam
9) TIDUR DAN REHAT
Tidur dan rehat merupakan kunci utama agar demam yang dialami segera sembuh. Ia memberikan kesempatan kepada tubuh untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan efektif. Kurangkan aktiviti dan kalau boleh ambil cuti rehat. Walaupun olahraga dikatakan baik untuk melawan demam, namun di saat anda mengalami demam panas, ia bukanlah pilihan yang baik.
10) BANYAK MAKAN BUAH
Buah-buahan juga salah satu cara untuk melawan demam. Pilihlah buah yang mengandungi air seperti oren, epal, belimbing. Ia kaya dengan vitamin yang meningkatkan daya tahan tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Jika anda sukar menelan dan tekak terasa pahit, jadikan jus buah sebagai alternatif.
11) MADU MEMBERI TENAGA SEGERA
Madu mengandungi kalori yang tinggi dengan penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dalam darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh manusia. Satu sudu besar madu menghasilkan 64 kcal tenaga, berbanding satu sudu besar gula pasir menghasilkan 46 kcal tenaga. Madu memberikan kesan antimikrob iaitu menghalang kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Madu asli juga memiliki daya antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.
12) MAKAN UBAT PENURUNAN PANAS
Pemberian ubat penurun panas tujuannya bukan menurunkan panas atau menyembuhkan penyakit melainkan memberi rasa selesa dan mengurangi rasa sakit. Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.
13) MAKAN MAKANAN BERNUTRISI
Makan makanan bernutrisi pada saat demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun. Pilihlah makanan yang mudah dicerna seperti bubur.
Okay, itu antaranya tips2nya.
Harap info ini dapat membantu kawan-kawan ye..
PERLU MANDI ATAU TIDAK
Ada pendapat yang mengatakan elakkan mandi saat tubuh diserang demam..Ketahuilah, ia hanya mitos sahaja.
Bahkan mandi dengan air suam mampu membuatkan pori-pori dan pembuluh darah membesar sehingga mampu mempercepatkan proses panas tersebut keluar dari tubuh. Mandi juga mampu menimbulkan rasa nyaman dan membunuh segala kuman di permukaan kulit.
SUP AYAM SEMBUHKAN DEMAM?
Sup panas dikatakan penawar mujarab untuk individu yang diserang demam. Sebenarnya panas sup tersebut yang memberi kelegaan kerana ia mampu mencairkan hingus dan sekaligus memastikan peredaran udara dalam hidung berjalan sempurna.
Malah bahan-bahan yang digunakan seperti halia yang membantu dalam proses penyembuhan. Bawang putih dan bawang merah dikatakan bersifat anti viral. Halia pula telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia...
Kajian penyelidik Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendapati, untuk merawat selesema dan demam di kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicincang di dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat. Selain itu, zat protein daripada ayam merupakan zat penting untuk tubuh kita melawan virus.
Penyediaan sup biasanya tanpa minyak juga dilihat sebagai kaedah masak yang sihat.