Ayat-ayat Pendinding
Yang Boleh Membuatkan Jin dan Syaitan Lari
Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di
sekeliling kita.Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita
mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mahu
menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka
bumi ini.
Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita tentang gangguan
makhluk halus ini di kaca tv ni, kan? Siap ada filem lagi.
Percaya kepada benda-benda ghaib
Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah
mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti
malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya.
Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan
sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah,
anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya.
Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin
kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam sahaja membezakan dua
makhluk Allah ini.
Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi manusia ( 3
dimensi ruang dan 1 ruang masa) sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak
dibuka. Dunia mereka sangat berbeza dengan dunia manusia. Struktur fizikal dan
persepsi mereka melangkaui dari apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita.
Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak sengaja
ternampak entiti ini, anda akan berasa takut dan gerun dengan wajah mereka yang
hodoh dan mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Aaron Aziz atau secantik
Neelofa. Muka mereka sangat hodoh dan menakutkan! Eeeerr…
Oleh itu, anda memerlukan perlindungan. Perlindungan dari
diganggu oleh makhluk halus ini.
§
Adakah anda memerlukan perisai yang
diperbuat dari besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh tukang besi?
§
Perlukah anda menempah senjata canggih
dari syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat untuk memerangi jin dan
syaitan ini?
Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba juga, jin dan
syaitan ini mungkin akan gelakkan anda nanti.
Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu digunakan? Tidak
lain hanyalah dari kalam suci yang telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran.
Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini
Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan.
Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :
1.
Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga
dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan
diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.
Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan
jin dan syaitan.
2.
Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering
dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah
al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur
pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat
pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
3.
Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi
dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga
perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya
selepas solat Subuh dan Solat Asar.
4.
Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering
dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang
membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai
benteng dan pendinding untuk kediaman.
Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh
amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin sememangnya
tidak suka bau wangi.
Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati
anda. Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja membaca ayat-ayat
pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment