Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam
1. Merendam kerang supaya hilang
tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan
asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan
keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan
pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut.
Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di
tempat sakit ketika garam masih panas.
4 .Merawat cirit-birit. Minum air
yang dicampur sedikit garam.
5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk
merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.
6 .Garam diguna untuk merawat
kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah imuniti badan akibat
perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya
pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan
mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai
ubatnya.
8 .Menghilangkan penat kerana kerja
berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah
meminum air sejuk yang dicampur garam.
9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi
mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca
padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah
– 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
10. Mengelak gangguan syaitan/jin
kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak
syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan
bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam
gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang yang diganggu jin.
Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan
meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah
bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
No comments:
Post a Comment