61.
RAMBUT SELALU GUGUR
Bagi mengatasi rambut
selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir
pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit
minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala
dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu
sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
62. ANAK SELALU
KENCING MALAM
Jika ada anak anda
berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembakau
sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di
pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah
selama
63. KURANGKAN BAU CAT
PADA DINDING
Dinding yang baru
dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan
biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang
perlahan-lahan.
64. HILANGKAN KESAN
LEBAM BAWAH MATA
Bagi mereka yang
memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar dan
hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian
itu, mudah saja. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata
perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit.
Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas
tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.
65. ATASI MASALAH
BULU KETIAK
Ada banyak cara
tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling
mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit
hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke
dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian
bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah
anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan
lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.
66. DAUN PERIA UBAT
KURAP
Jika ada antara
pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil
beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun
itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu.
Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh
sepenuhnya.
67. MEMBENTUK BULU
KENING ANAK
Bagi ibu yang gemar
melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat. Ambil setangkai
daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian yang
bergetah pada kening anak anda. Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak
berapa lama selepas itu, kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan.
Bagaimanapun, petua ini hanya sesuai diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun
saja. Bayi yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.
68. HILANGKAN BINTIK
MERAH KESAN CACAR AIR
Biasanya selepas
sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia
agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan
parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik merah pada seluruh tubuh
berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.
69. RAMBUT HITAM
LAMBAT BERUBAN
Ada petua mudah untuk
mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban terutamanya
kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus
dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut
anda dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut
menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat
beruban.
70. MENYEMBUHKAN
DEMAM
Petua ini hanya
sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan
tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih.
Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda
akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa
doktor.
71. KURANGKAN SAKIT
GIGI
Sakit gigi amat
menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh
membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan
masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi
anda akan berkurangan perlahan-lahan.
72. ASAM GELUGUR UBAT
SAKIT TEKAK
Dewasa ini dalam
keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah
menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga
hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian
sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya- Allah sakit tekak anda akan
cepat sembuh.
73. KAIN BATIK TIDAK
LUNTUR
Untuk mengelak kain
batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun batik, kemudian
rebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke
dalam satu bekas. Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah
seperti biasa dan jemur.
74. TOMATO, EPAL
LICINKAN KULIT
Bagi mereka yang
kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua
mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian
gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato
boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci
wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil
memuaskan.
75. RAMPING SEMULA
JADI
Hendak kurus tanpa
sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri.
Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air.
Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat
menghindarkan sakit pinggang.
76. WANGIKAN RAMBUT
Ambil air perahan 10
helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh
rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah
rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi
dan mencegahnya daripada beruban.
77. HILANGKAN SAKIT
GIGI
Sakit gigi membuatkan
anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa sakit gigi,
cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan
daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga
hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini
hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih
dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.
78. BENGKAK GUSI
· Gusi bengkak boleh
diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air
bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.
· Petua kedua ialah
dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus.
Tampalkan pada gusi yang bengkak.
79. GUSI BERDARAH
Ambil beberapa helai
daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai
daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam
gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi
anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.
80. PELEMBAB MUKA
SEMULA JADI
Jika ingin berjimat
dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakan
pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah
dan sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan
kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20
minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda
akan sentiasa lembab dan tegang.
RAWATAN ALTERNATIF
Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh....
Bismillahirrahmannirrahim....
Bismillahirrahmannirrahim....
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam...Selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.keluarga serta para sahabat dan pengikutnya....
Alhamdulillah.... Terima kasih Kepada semua pembaca yang dihormati lagi dikasihi atas kunjungan anda semua ke blog saya....semoga kita semua berada di dalam peliharaan serta perlindungan dan moga dirahmati serta diberkati Allah SWThendaknya.... Amin ya rabbalallamin....
Kepada semua / sesiapa yang ingin
berikhtiar dan bertawakkal...silalah menghubungi saya... di http://www.ikhtiarilahi.blogspot.com/
berikhtiar dan bertawakkal...silalah menghubungi saya... di http://www.ikhtiarilahi.blogspot.com/
atau di nombor 013-9627969
Insyaallah akan saya ikhtiarkan....
terbuka kepada semua.... muslim & non muslim
"Laahaulawala quwataillabillah"
(Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah)
“ Laa ilaaha illallah, Wahdahuu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadir”
(Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Esa, Tiada Sekutu Bagi-Nya, Bagi-Nya Semua Kerajaan dan Bagi-Nya Segala Kepujian, Yang Menghidupkan dan Mematikan dan Dia Jualah Yang Maha BERKUASA di atas Segala Sesuatu)
Insyaallah dengan izinNya... moga dipermudahkan segala urusan dan dikabulkan segala hajat kita...
Amin ya rabbal allamin....
Amin ya rabbal allamin....
Sekian.. Terima kasih...
Wassallam mualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..........
No comments:
Post a Comment