RAHSIA KAABAH
15 Rahsia Kaabah di Mekah Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang
Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus
dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita
ketahui sebelum ini.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian
yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi =
doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa
serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar
tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan
dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada
sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di
dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan
garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika
bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung
masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat
yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan
tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat
secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak
mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan
jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran
darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga.
Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang
umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak.
Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak
terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang
dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita
seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah
ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya
untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di
sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala
kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
No comments:
Post a Comment