Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin
Jabal r.a tentang hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar
sendiri dari Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian
menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau, bahawa sesungguhnya setiap
tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan menghalang
pahala 'amal 'ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu dari melepasinya
untuk sampai kepada Allah swt.
1. Langit pertama
- Pengumpat - seorang yang suka
mengumpat keji.
2. Langit kedua
- Bermegah dengan Kebendaan -
pangkat..jawatan...wang..nama....ilmu dan sebagainya.
3. Langit ketiga
- Takbur - seorang yang
sombong...bongkak dan merendahkan orang lain
4. Langit keempat
- Ujub - seorang yang merasa bangga
dengan kehebatan pada diri sendiri
5. Langit kelima
- Hasad dengki - seorang yang hasad
dengki... cemburu kejayaan orang iri hati dan sebagainya.
6. Langit keenam
- Tidak bersifat Rahim - seorang yang
tidak bersifat pengasih penyayang kepada semua makhluk Allah.
7. Langit ketujuh
- Riak - seorang yang suka
memperlihatkan amal..menunjuk-nunjuk serta mencari pujian manusia.
Setelah pahala amalan seseorang dapat
melepasi semua halangan di tujuh lapisan langit tersebut, maka pahala amalan
seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt.
Lantas Allah swt berfirman kepada
malaikat:
"Kamu semua penjaga amalan
hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu. Sebenarnya amalan dia bukan untuk
mendapat keredhaanku semata-mata, maka aku laknatkan ke atasnya".
Justeru semua malaikat pun turut
melaknat termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya.
( Sumber )
No comments:
Post a Comment