SAKA
Istilah saka mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. Ada yang melenting bila dikatakan mewarisi saka, dan ada yang menerimanya dengan hati terbuka. Ramai yang tertanya-tanya benarkah ianya wujud dan tidak kurang juga yang tersalah faham tentang istilah ini. Kamus Dewan mentakrifkan saka sebagai leluhur (keturunan) daripada sebelah emak; manakala saka baka pula ialah leluhur daripada kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa. Dalam kalangan pengamal perubatan tradisional dan komplementari, saka merupakan istilah yang digunakan untuk makhluk halus (jin dan syaitan) yang diwarisi dari keturunan. Konsep saka ini bukan hanya terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu sahaja, tetapi juga dikesan dalam beberapa bangsa lain dengan istilah yang berbeza. Sebagai contoh di Sudan, ia dikenali sebagai mangu, iaitu semangat atau roh yang diwarisi dari ibu dan bapa. Di Sri Lanka, ia dikenali sebagai mala yakā (the inferior spirit of a dead ancestor). Dalam masyarakat Cina, India dan masyarakat Orang Asli pula, mereka percaya bahawa roh nenek moyang yang tidak disemadikan dengan sempurna akan kembali mengganggu anak cucu.
*Dalam Al-Quran, memang tiada istilah saka digunakan, tetapi perbuatan meminta perlindungan dari jin dan syaitan, atau menjadikannya sahabat, khadam, pendamping ada dinyatakan dalam surah Al-Jinn ayat 6: ”Dan bahawa sesungguhnya adalah beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”
*BAGAIMANA SAKA DIWARISI
Makhluk jin dan syaitan ini datang mendampingi manusia melalui beberapa cara. Ada sesetengahnya berlaku dengan disengajakan dan ada yang berlaku tanpa disedari dan tanpa kerelaan kita. Pewarisan saka secara sedar biasanya dilakukan melalui upacara tertentu seperti akad atau melalui pewarisan sesuatu barang yang menjadi simbol perjanjian antara mereka seperti keris, barangan kemas, barang hiasan tembaga dan atau apa sahaja yang menjadi milikan tuannya. Sekiranya seseorang waris menolak pewarisan khadam ini, maka makhluk ini akan menimbulkan gangguan kepada waris tersebut berupa penyakit-penyakit misteri. Gangguan juga boleh berlaku sekiranya tuan punya khadam atau warisnya melanggar pantang larang perjanjian seperti tidak menyediakan jamuan (ancak) atau tidak mengasapkan senjata dengan kemenyan pada waktu tertentu dan sebagainya.

Ada ketikanya gangguan saka ini berlaku tanpa disedari. Ini berlaku kerana keghairahan kita mengejar kehebatan dan ganjaran dunia tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antaranya ialah melalui:
1.Ilmu dan amalan kebatinan yang menyeleweng
2.Khidmat rawatan menggunakan makhluk halus.
3.Memagar atau mendinding rumah dengan cara yang berlawanan syariat.
4.Menyimpan barang-barang berunsur khurafat.
2.Khidmat rawatan menggunakan makhluk halus.
3.Memagar atau mendinding rumah dengan cara yang berlawanan syariat.
4.Menyimpan barang-barang berunsur khurafat.
No comments:
Post a Comment