RAWATAN ALTERNATIF

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh....

Bismillahirrahmannirrahim....

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam...Selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.keluarga serta para sahabat dan pengikutnya....

Alhamdulillah.... Terima kasih Kepada semua pembaca yang dihormati lagi dikasihi atas kunjungan anda semua ke blog saya....semoga kita semua berada di dalam peliharaan serta perlindungan dan moga dirahmati serta diberkati Allah SWThendaknya.... Amin ya rabbalallamin....





Kepada semua / sesiapa yang ingin
berikhtiar dan bertawakkal...silalah menghubungi saya... di http://www.ikhtiarilahi.blogspot.com/
atau di nombor 013-9627969
Insyaallah akan saya ikhtiarkan....
terbuka kepada semua.... muslim & non muslim

"Laahaulawala quwataillabillah"

(Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah)

“ Laa ilaaha illallah, Wahdahuu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadir”

(Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Esa, Tiada Sekutu Bagi-Nya, Bagi-Nya Semua Kerajaan dan Bagi-Nya Segala Kepujian, Yang Menghidupkan dan Mematikan dan Dia Jualah Yang Maha BERKUASA di atas Segala Sesuatu)


Insyaallah dengan izinNya... moga dipermudahkan segala urusan dan dikabulkan segala hajat kita...
Amin ya rabbal allamin....


Sekian.. Terima kasih...


Wassallam mualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..........


Tuesday, November 11, 2014

PETUA MERAWAT DEMAM

Halia

Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

Ikan

Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan
Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik

Sayuran Hijau

Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema

Bawang Putih

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah

Kunyit

Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema

Madu

Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak

Air Beras


Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

TIPS RAWAT DEMAM

TIPS RAWAT DEMAM

Assalamualaikum dan salam jumaat dari Anne..

Bersyukur kerana masih bernafas di atas muka bumi ini..
Dan bersyukur, setiap bulan rezeki masih bertambah2...

Berkat kesabaran dan usaha Anne...
Apa yang penting keinginan dan minat..

so, today Anne nak share dengan kawan-kawan Anne mengenai tips rawat demam...Sebab sekarang ni musim demam kan...Sebab keadaaan cuaca dan persekitaran ...

1) MULAKAN DARI KAKI

Teknik mulakan dari kaki ini adalah dengan jirus air  bermula dari kaki baru ke kepala...
Teknik ini bukan sahaja untuk bayi, kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh mengamalkannya setiap hari.

2) TEKNIK WET SOCKS

Mungkin kedengaran pelik, namun untuk pengetahuan kawan-kawan , teknik ini mampu merawat demam yang kawan-kawan hidapi mahupun si kecil..

Caranya, ambil sepasang stokin dari material kapas, basahkan dan pakaikan kepada mereka..Pastikan ia cukup panjang bagi menutup bahagian buku lali.  Ulangi sehingga suhu badan turun.

3) TIDAK PERLU ELAK AIR BATU 

Kebiasaannya ibu bapa akan melarang anak-anak mereka mengambil ais semasa diserang demam.  Namun hakikatnya, tiada sebarang kajian menunjukkan bahawa air batu dilarang semasa demam sebaliknya digalakkan terutama untuk mereka yang mengalami masalah tonsil.

Tapi kaedah ni Anne tak guna kerana anak Anne memang tak minum ais..Aiskrim pun yang jenis macam cornetto tu bolehlah...tapi itu pun bukan selalu...sebab mereka jenis alah..Kalau makan, minum yang sejuk-sejuk ni akan batuklah kong kong...nanti selesema , kena pakai nebulizer pulak..

Mencegah lebih baik dari merawat kan...

Okay

4) MENGELUH MELAMBATKAN PENYEMBUHAN

Berdasarkan satu kajian di Australia, dikatakan semasa dalam tekanan sel-sel darah putih akan mengeluarkan satu neurotransmiter iaitu neuropeptidey, satu bahan kimia yang merencat sistem pertahanan tubuh.  Oleh itu penyakit akan lambat sembuh jika anda mengeluh dan merasa tertekan.

Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psychology) bagi merawat demam.  Sebagai contoh katakan demam yang dialami hanya beberapa hari dan selebihnya anda sihat.

Anda juga dicadangkan bertenang, menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan bagi membantu meningkatkan kapasiti oksigen yang masuk ke dalam paru-paru untuk dihantar ke kawasan tubuh dan sendi yang terasa sakit.  Pendek kata , anda perlu bersikap positif.

5) PROBIOTIK PULIHKAN DEMAM

Secara umumnya probiotik adalah bakteria baik yang melekat pada dinding usus manusia untuk menjadikan manusia kekal sihat dan kuat.  Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.  Menurut Profesor Patricia Conway dari Pusat Inovasi Biomarin Sains Bioteknologi dan Biomolekul , Universiti New South Wales, Sydney probiotik mampu memulihkan demam dan mempertingkatkan pertahanan badan.

6) HINDARI KAFEIN KETIKA DEMAM

Hindari penggunaan kafein ketika demam kerana ia membuatkan tubuh menajadi kering.

7) JANGAN SELIMUT

Dikala demam ramai yang suka selimutkan tubuh dengan selimut dan pakai pakaian yang tebal.  Sebenarnya tanggapan ini ternyata silap besar kerana udara panas dari tubuh tidak boleh keluar dan mengakibatkan suhu naik dengan mudah dan mendorong kekejangan

8) AMBIL SUHU BADAN

Ukur suhu ketiak dengan termometer empat kali sehari setiap empat hingga lima jam

9) TIDUR DAN REHAT

Tidur dan rehat merupakan kunci utama agar demam yang dialami segera sembuh.  Ia memberikan kesempatan kepada tubuh untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan efektif.  Kurangkan aktiviti dan kalau boleh ambil cuti rehat.  Walaupun olahraga dikatakan baik untuk melawan demam, namun di saat anda mengalami demam panas, ia bukanlah pilihan yang baik.

10) BANYAK MAKAN BUAH

Buah-buahan juga salah satu cara untuk melawan demam. Pilihlah buah yang mengandungi air seperti oren, epal, belimbing. Ia kaya dengan vitamin yang meningkatkan daya tahan tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.  Jika anda sukar menelan dan tekak terasa pahit, jadikan jus buah sebagai alternatif.

11) MADU MEMBERI TENAGA SEGERA

Madu mengandungi kalori yang tinggi dengan penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dalam darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh manusia.  Satu sudu besar madu menghasilkan 64 kcal tenaga, berbanding satu sudu besar gula pasir menghasilkan 46 kcal tenaga.  Madu memberikan kesan antimikrob iaitu menghalang kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Madu asli juga memiliki daya antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.

12) MAKAN UBAT PENURUNAN PANAS

Pemberian ubat penurun panas tujuannya bukan menurunkan panas atau menyembuhkan penyakit melainkan memberi rasa selesa dan mengurangi rasa sakit.  Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.

13) MAKAN MAKANAN BERNUTRISI

Makan makanan bernutrisi pada saat demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun.  Pilihlah makanan yang mudah dicerna seperti bubur.

 Okay, itu antaranya tips2nya.

Harap info ini dapat membantu kawan-kawan ye..


PERLU MANDI ATAU TIDAK

Ada pendapat yang mengatakan elakkan mandi saat tubuh diserang demam..Ketahuilah, ia hanya mitos sahaja.

Bahkan mandi dengan air suam mampu membuatkan pori-pori dan pembuluh darah membesar sehingga mampu mempercepatkan proses panas tersebut keluar dari tubuh.  Mandi juga mampu menimbulkan rasa nyaman dan membunuh segala kuman di permukaan kulit.

SUP AYAM SEMBUHKAN DEMAM?

Sup panas dikatakan penawar mujarab untuk individu  yang diserang demam.  Sebenarnya panas sup tersebut yang memberi kelegaan kerana ia mampu mencairkan hingus dan sekaligus memastikan peredaran udara dalam hidung berjalan sempurna. 

Malah bahan-bahan yang digunakan seperti halia yang membantu dalam proses penyembuhan.  Bawang putih dan bawang merah dikatakan bersifat anti viral.  Halia pula telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia...

Kajian penyelidik Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendapati, untuk merawat selesema dan demam di kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicincang di dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat. Selain itu, zat protein daripada ayam merupakan zat penting untuk tubuh kita melawan virus.  

Penyediaan sup biasanya tanpa minyak juga dilihat sebagai kaedah masak yang sihat.

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: 

Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Tanda-Tanda Rumahtangga Kena Sihir Dan Pemulihannya

 Tanda-Tanda Rumahtangga Kena Sihir Dan Pemulihannya

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:


1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.

2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.

3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.

5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.

6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.

7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.

8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.

9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.


Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.


Ikhtiar

Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:
  
1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makhluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.

2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.

3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.

4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.

5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari.

Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan. Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis.


6. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.
7. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.
Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.


Doa Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri)

Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.
Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)


DEFINISI SIHIR

DEFINISI SIHIR


Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.


Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah sembuh 

motivasi diri sendiri

Sekadar perkongsian motivasi diri sendiri ....
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan & Personaliti Diri..
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju.
Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka
Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba.
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah.
Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,
kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.
L

Sampaikan...

Sampaikan...
Assalamualaikum wbt... peringatan buat diri ini..
✅😧Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.
Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.
Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)
Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."
Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"
Ayah: "Silakan."
Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"
Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."
Anak: "Itu je?"
Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."
Anak: "Wah..nak tahu.."
Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."
Anak: "Apa dia?"
Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."
Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"
Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."
Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."
Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."
Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.
Seketika, si anak tersedar dari mimpi.
Linangan air mata hangat mengalir di pipi.
Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.
Nasihat ayah bonda kekal di hati.