RAWATAN ALTERNATIF

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh....

Bismillahirrahmannirrahim....

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam...Selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.keluarga serta para sahabat dan pengikutnya....

Alhamdulillah.... Terima kasih Kepada semua pembaca yang dihormati lagi dikasihi atas kunjungan anda semua ke blog saya....semoga kita semua berada di dalam peliharaan serta perlindungan dan moga dirahmati serta diberkati Allah SWThendaknya.... Amin ya rabbalallamin....





Kepada semua / sesiapa yang ingin
berikhtiar dan bertawakkal...silalah menghubungi saya... di http://www.ikhtiarilahi.blogspot.com/
atau di nombor 013-9627969
Insyaallah akan saya ikhtiarkan....
terbuka kepada semua.... muslim & non muslim

"Laahaulawala quwataillabillah"

(Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah)

“ Laa ilaaha illallah, Wahdahuu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadir”

(Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Esa, Tiada Sekutu Bagi-Nya, Bagi-Nya Semua Kerajaan dan Bagi-Nya Segala Kepujian, Yang Menghidupkan dan Mematikan dan Dia Jualah Yang Maha BERKUASA di atas Segala Sesuatu)


Insyaallah dengan izinNya... moga dipermudahkan segala urusan dan dikabulkan segala hajat kita...
Amin ya rabbal allamin....


Sekian.. Terima kasih...


Wassallam mualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..........


Tuesday, September 23, 2014

7 sunnah Penting Yang Digalakkan Kita menunaikannya

7 sunnah Penting Yang Digalakkan Kita menunaikannya


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama:
 
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
 

Kedua:
 
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
 

Ketiga:
 
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 

Keempat:
 
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 

Kelima:
 
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 

Keenam:
 
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 

Ketujuh:
 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. 

  

Tujuh Golongan Yang Mendapat Perlindungan Allah Di Akhirat

Tujuh Golongan Yang Mendapat Perlindungan Allah Di Akhirat

RASULULLAH s.a.w pernah bersabda; terdapat tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah s.w.t pada hari akhirat, apabila semua manusia dan makhluk dibangkitkan, iaitu :
·                    Pemerintah yang adil, 
·                    Pemuda membesar dalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah.
·                    Lelaki yang hatinya sentiasa ingat kemuliaan masjid,
·                    Dua orang lelaki yang berkasih-kasihan semata-mata kerana Allah,
·                    Lelaki digoda perempuan cantik lagi berkedudukan bagi melakukan kemungkaran sedangkan lelaki berkenaan menolak pujukan dan rayuan wanita berkenaan, semata-mata kerana takut azab Allah kerana melakukan perbuatan terkutuk itu.
·                    Lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah dengan tangan kanannya, sedangkan tangan kiri tidak mengetahuinya dan
·                     Lelaki yang basah mulutnya kerana berzikir pada malam hari ditemani kesunyian, sambil memohon ampun ke hadrat Ilahi akan dosa lampau serta memohon keampunan menerusi pelbagai ibadat, termasuk zikir, munajat, tahmid, tasbih, solat dan membaca al-Quran.
"Kita semua adalah pemimpin. Seorang bapa pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya di rumah.

Guru pemimpin kepada generasi pelajar yang bakal mewarisi kepemimpinan negara masa depan.

Pemerintah pemimpin kepada seluruh rakyat jelata.“
Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan amanah untuk dilaksanakan bagi memastikan orang di bawah pimpinannya memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat,” katanya.


Kita harus juga mengingatkan ibu bapa memastikan anggota masyarakat setempat terhindar daripada ancaman moden, termasuk masalah dadah, pergaulan muda-mudi melampaui batasan, Internet dan hiburan melalaikan./HB

Tujuh Sebab Pahala DiTolak oleh Allah

Tujuh Sebab Pahala DiTolak oleh Allah

Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau, bahawa sesungguhnya setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan menghalang pahala 'amal 'ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.

1. Langit pertama
- Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji.

2. Langit kedua
- Bermegah dengan Kebendaan - pangkat..jawatan...wang..nama....ilmu dan sebagainya.

3. Langit ketiga
- Takbur - seorang yang sombong...bongkak dan merendahkan orang lain

4. Langit keempat
- Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri

5. Langit kelima
- Hasad dengki - seorang yang hasad dengki... cemburu kejayaan orang iri hati dan sebagainya.

6. Langit keenam
- Tidak bersifat Rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang kepada semua makhluk Allah.

7. Langit ketujuh
- Riak - seorang yang suka memperlihatkan amal..menunjuk-nunjuk serta mencari pujian manusia.

Setelah pahala amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di tujuh lapisan langit tersebut, maka pahala amalan seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt.

Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat:

"Kamu semua penjaga amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu. Sebenarnya amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-mata, maka aku laknatkan ke atasnya".

Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya.



( Sumber )

Bagaimana Adab Nabi S.A.W Ketika Makan.

Bagaimana Adab Nabi S.A.W Ketika Makan.
 

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik. Wallahua'lam.

(
 sumber )

Fadhilat Bismillah 5




“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
.
.
Fadhilat Bismillah 5
.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
.
.
Kaedah Merawat
.
1.   Letakkan tangan di tempat yang sakit.
2.   Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
3.   Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
4.   Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
5.   Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
6.   Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
7.   Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
8.   Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
.
.
Amalan Bismillah 5 
.
1.   Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
2.   Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
3.   Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
4.   Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
5.   Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
.


Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal  Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.


Penjelasan...

1.Bismillah Lima itu jika dibacakan pada sesuatutempat sakit..dan ditiup lembut...maka hilang sak-
itnya...maka menunjukkan penyakit itu melibatkan gangguan jin...

Kadang-kadang sakit itu hilang sekejap...kemudian datang semula...atau serta merta kurang sakitnya..atau...memberikan sebarang tindakbalas termasuk sejuk...panas...berdenyut...ada benda bergerak...serta merta bertambah sakit dan sebagainya...maka yang demikian itu menunjukan ada penglibatan gangguan jin...

2.Bismillah Lima dibaca sebanyak 3 / 7  / 9 kali...kemudian tiup perlahan ke tempat yang sakit.
hembuskan pada air dan diberi minum / mandi / sapukan ditempat yang sakit

3.Ayat akhirya...Bismilla hillazii laa ya dhurru...dan seterusnya...

- dibaca 3 kali sebelum makan makan atau minum akan menjadi      penawar racun...
- dibaca 3 kali pagi petang untuk mencegah rasukan jin...
- dibaca 3 kali...mudah-mudahan dihindarkan Tuhan daripada segala bahaya dan  kemudaratan...juga dibaca pagi dan petang...

Amalkan membacanya 3 kali setiap hari lepas solat, sebelum kita keluar rumah sambil bermohon dengan Allah agar agar selamatkan kita  dalam perjalanan pergi dan balik.

Inayaallah… dengan izin Allah….

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Bismillah 3 Dan Fadhilatnya.




Bis-miL-Laa-hi, Bis-miL-Laa-hi, Bis-miL-Laa.  ‘A-‘uu-dzu Bi-‘iz-za-tiL-Laa-hi Wa-qud-ro-ti-hi min syar-ri maa A-ji-du wa-‘u-haa-dzi-ru.
.

Bismillah 3 Dan Fadhilatnya.

Jika mengalami sakit disesuatu anggota badan, doa ‘Bismillah 3’ ini mampu mengubati penyakit pada sendiri orang dan orang lain.
.
Hadis yang diriwiyatkan oleh Muslim dan Ibnu Malik dalam kitab Muwaththa, bahwa Ustman Ibnu Abil Ash Assaqafi telah menderita sakit pada salah satu anggota tubuhnya. Kemudian dia menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamini menerangkan tentang penyakit yang dideritanya.
.
Rasulullah berkata : “Letakkan tanganmu pada bahagian yang sakit, bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan taruhkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangilah beberapa kali setiap hari dan malam.”
.
Ustman ibnu Abil Ash Assaqafi menerangkan : “Setelah aku kerjakan fatwa Rasulullah itu, tidak lama kemudian aku merasa sembuh dari penyakit yang telah kuderita beberapa waktu lamanya.”
.
.

Cara Dan Kaedah Merawatnya:

.
1.   Tekupkan tapak tangan pada tempat yang sakit.
2. Berniat memohon pada Allah SWT untuk         menyembuhkan penyakit.
3.  Dibaca 7 kali doa di atas dan diiringi 3 kali surah ‘3 Qul’.
4.  Afdal diulangi keseluruhan bacaan di atas sebanyak 3     kali.

Kalimat Basmalah


Kalimat Basmalah

Syaikh Nawawi memberi arti di balik tiap huruf yang menempel pada kalimat Basmalah.

1. Pertama, Ba` : Barâ-atullah. Artinya jaminan keselamatan kepada orang-orang yang berbahagia dengan iman dalam dadanya. Dalam makna yang lebih dalam, orang beriman tidak boleh alpa dari membaca Basmalah dalam keadaaa apapun, selama perbuatan itu berada dalam kebaikan.
2.   Kedua, Sîn : Satrullah. Artinya perlindungan Allah. Makna ini memberi penjelasan bahwa orang mukmin tidak pernah melewatkan tiap langkahnya dengan membaca Basmalah yang dengannya, kala ia bertemu orang yang melawan Allah, ia berlindung dari kebodohannya.
3.   Ketiga, Mîm : mahabbattuhu. Artinya rasa cinta Allah kepada seorang Muslim yang membaca Baslamah. Seseorang yang ingin memperoleh cinta Allah, tentulah bibirnya tidak kering dari Basmalah.
4. Keempat, Alif : ulfatuhu. Artinya keramahan Allah. Allah itu Maharamah, Mahapengasih lagi Mahapenyayang. Keramahan Allah akan semakin muncul kepada mereka yang membaca Basmalah.
5.   Kelima, Lâm : lathâfatuhu. Artinya kelembutan Allah. Hikmah di balik membaca Basmalah mendapat kenyamanan dan kelembutan dalam hatinya. Sikap dan sifat jelek akan hilang berganti kebaikan dan hati berhias kelembutan.
6.   Keenam, hâ` : hidâyatuhu. Artinya petunjuk Allah. Seseorang yang membaca Basmalah, akan terbimbing dan terarah dalam naungan hidayah.
7.   Ketujuh, Râ` : ridhwânuhu. Artinya kerelaan Allah. Ridha Allah akan menempel pada sosok insane yang melafalkan Basmalah. Jika Allah telah ridha pada seseorang, tidak ada lagi gunda dan gulana, karena ridha-Nya telah hinggap dalam diri. Pelaku maksiat pun yang membaca Basmalah dengan niat taubat kepada Allah, maka bacaan tersebut menjadi jembatan ridha Allah.
8.   Kedelapan, Hâ : Hilmuhu. Artinya Kesabaran Allah. Hikmah ini memberi pelajaran tentang kesabaran Allah pada orang-orang yang berdosa. Mereka yang berbuat aniaya, kezaliman, kegaduhan yang merugikan umat manusia, kekrisuhan, akan tetap memperoleh kesabaran dari Allah dengan bacaan Basmalah.
9.   Kesembilan, Mîm : Minnatuhu. Artinya Anugerah Allah. Orang-orang beriman yang membaca Basmalah mendapat anugerah, kebajikan, dan anugerah Allah. Oleh karenanya, setiap perbuatan dan perkataan yang diawali dengan Basmalah, menjadi berkah untuk semua.
10.  Kesepuluh, Nûn : Nûrul Ma`rifah. Artinya cahaya pengetahuan. Dengan kata lain, kalimat basmalah mengandung unsur cahaya Ilahi. Dan cahaya itu diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa.
11.  Kesebelas, Yâ` : Yadullâh. Artinya tangan (penjagaan) Allah. Allah memberikan penjagaan pada diri orang yang membaca basmalah. Bacalah pada saat di rumah, kendaraan, tempat kerja, dan di mana saja. Dengan membaca tersebut, Allah turunkan penjagaan dan pengayoman kepadanya.


 Berbagai Sumber