Bismillahirrahmanirrahim,
Fadhilat Membaca Bismillah
Membaca Bismillah setiap kali
melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang
sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala
bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak
dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan
melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan
nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telinga orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW
pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat,
insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai
anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah
sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu
selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah
kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami,
isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang
orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang
hamil, tulislah 61 kali kalimah
Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu
sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya
lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah
perniagaannya.
Bismillahirrahmanirrahim
Fadhilat Ramadhan
Fadhilat Ramadhan
Hadith
1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku telah
dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan
kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang
berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah
mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta
menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana
hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar
(di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan
yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat
yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir
Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka
sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah
itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak,
tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah
menyempurnakan tugasnya."
Hadith
2
Ubadah Bin Somit ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan
hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan
Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan,
menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat
di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga
mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala
kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang
dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith
3
Abu Sa'id Al Khudri ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan
begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada
setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith
4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat
tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang
berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang
yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan
membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah
demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa
nanti."
Hadith
5
Ibn Umar ra. meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith
6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi
syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari
tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
No comments:
Post a Comment