Sumber
Perubatan Rasulullah dan 10 bahaya makan..bacalah
Ubat-ubatan Alami yang
Disyari’atkan Allah dan Rasul-Nya dan diamalkan oleh Rasulullah SAW
Berikut ini sebahagian daripada
rawatan melalui penawar yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti
Madu, habbatus sauda (Jintan Hitam), Air Zam-Zam dan Minyak Zaitun yang
Insya Allah dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan izin Allah
Ta’ala:
1. MADU:
Allah Ta’ala berfirman,”Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam
warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran
Allah) bagi orang yang memikirkan” (QS. An
Nahl : 69)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda, ”Kesembuhan itu ada pada tiga hal,
iaitu dalam pisau pembekam, meminumkan madu, perawatan dengan besi panas
(kayy). Dan aku melarang umatku melakukan rawatan dengan besi panas” (HR. al Bukhari no. 5681)Dalam sebuah riwayat lain
disebutkan,”Alaykum bisy syifaa-ayna al
‘asali wal qur-aani” yang artinya “Hendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an” (HR. Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya, beliau berkata,
Hadis ini sahih sesuai dengan sistem periwayatan al Bukhari dan Muslim, dan
disetujui oleh al-Zahabi. Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu
secara marfu’)Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah mengatakan, “Madu memiliki banyak
khasiat. Madu dapat membersihkan kotoran yang terdapat pada usus,
pembuluh darah, dapat menetralisir kelembaban tubuh, baik dengan cara
dikonsumsi atau dioleskan, sangat bermanfaat untuk lanjut usia dan mereka
memiliki keluhan pada dahak atau yang metabolismenya cenderung lembab dan
dingin” (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 42-43)
2. HABBATUSSAUDA (JINTAN
HITAM):
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat
penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya
Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah
berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat. Erti dari sabda
Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan
segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“, yakni segala
sesuatu yang boleh hancur. Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis.
Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis penyakit dingin, bisa
juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas karena faktor temporal’
(Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 365)
3. AIR ZAM-ZAM:
Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengeyangkan
(dan obat bagi penyakit)”(HR. Muslim IV/1922, yang
terdapat di dalam kurung adalah menurut riwayat al Bazzar, al Baihaqi dan ath
Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286).Imam Ibnu Qayyim
rahimahullah menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya
dengan air zam-zam yang dikombinasikan dengan metode ruqyah dari al-Quran ini,’
Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang
dokter atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha merawat dan menyembuhkan
diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat
menakjubkan. Aku ambil segelas air Zamzam dan membacakan padanya surat al
Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan
kesembuhan. Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam merawat
berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku
beritahu kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu penyakit dan banyak dari
mereka yang sembuh dengan cepat’ (Zaadul Ma’aad IV/178 dan al Jawaabul Kaafi
hal. 23)
4. MINYAK ZAITUN:
Allah Ta’ala berfirman,“.. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak
berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur (sesuatu)
dan tidak pula di sebelah Barat” (QS. An Nur :
35). Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,”Makanlah oleh kalian minyak
(zaitun) dan poleskan dengannya, kerena sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari
pohon yang diberkahi” (HR. Ahmad III/497, at Tirmidzi
no. 1851 dan Ibnu Majah no. 3319, dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam
Shahiih at Tirmidzi II/166)Sumber Bacaan: Kaedah Pengubatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
10 BAHAYA DISEBABKAN MAKANAN
Kesan sampingan dan bahaya makan minum sering dilapurkan dan ia
diakui sendiri oleh pakar perubatan bahawa punca penyakit yang diidapi oleh
masyarakat manusia dan ada yang membawa kematian khususnya masyarakat moden
hari ini, ia berpunca daripada banyak makan daripada kekurangan makanan.
Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan
lain-lain semuanya berpunca daripada lebih makan atau tidak mengawal makanan
dengan cara yang betul.
Oleh sebab itu Nabi SAW
mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang
lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya.
Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga
lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At
Tirmizi dan Ahmad).Hadis di atas di samping menganjurkan agar menghadkan kadar
makan dan minum, Nabi SAW juga mengingatkan tentang bahaya perut jika ia diisi
dengan tanpa hadi. Difahamkan daripada hadis di atas juga bahawa perut kita
hanya selamat jika ia diisi dengan makanan satu pertiga sahaja. Tetapi jika ia
dipenuhi dengan makanan melebihi ruang itu, maka kemungkinan besar ia merbahaya
kepada kesihatan kita sendiri.
Oleh sebab itu Imam Al Ghazali
dalam Minhajul ‘Abidin menjelaskan terdapat 10 bahaya berpunca daripada lebihan
makanan. Di antara bahaya-bahaya makan minum tanpa had itu ialah;
1. BANYAK MAKAN HATI MENJADI
KERAS DAN MEMADAMKAN CAHAYANYA.
Dalam sebuah hadis yang agak
masyhur bahawa Nabi SAW mengingatkan; “Hati anak Adam ditempa bentuknya
mengikut makan dan minum”. Ertinya bentuk dan sifat hati itu berpunca daripada
makan minum.
Dalam hadis lain Nabi SAW
bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak
(berlebih) makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana hati itu ibarat
tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.
Dalam Al Quran pula Allah
mengingatkan agar jangan makan makanan secara belebihan sehingga walau pun
dengan makan minum yang halal. Firman Allah, maksudnya; “Makan minumlah kamu,
tetapi jangan berlebihan” –(Surah Al ‘Araf ayat 31).
Hukama’ pula ada berkata; “Perut
itu umpama kuali yang berada di bawah hati, bila ia mendidih asapnya akan
terkena pada hati. Jika banyak asap, ia akan kotor dan menjadi hitam”. Ertinya
bahan kimia daripada makanan itu menghasilkan toksid yang boleh membinasakan
hati dan jantung.
2. BANYAK MAKAN HATI MENJADI
RESAH DAN MERUNTUN ANGGOTA KE ARAH PERKARA SIA-SIA DAN MAKSIAT.
Seorang yang sentiasa kenyang
sentiasa lupa daratan. Segala pancainderanya, seperti mata, telingan, lidah dan
kemaluannya cenderung untuk melakukan perkara haram. Tetapi bila perut lapar,
semua anggota menjadi aman dan tenteram daripada runtutan maksiat, hatta
perkara fudhul (tidak berfaedah).
Berkata Ustaz Abu Jaafar
Rahimullahu ta’ala, bahawa perut itu, jika ia lapar, anggota lain menjadi
kenyang (tidak ingin) terhadap segala perkara yang tidak baik. Tetapi jika ia
kenyang, maka segala anggota lain menjadi lapar (teringin) kepada sesuatu tanpa
batas dan banyaklah perkara yang dituntutnya. Kesimpulannya, menurut Imam Al
Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang lebih banyak
dipengaruhi oleh makan minum.
Jika makan yang haram, maka yang
terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah perkara haram juga. Jika
makan yang halal, yang terhasilnya adalah perkara baik dan manfaat serta
keuntungan di dunia dan akhirat. Tapi jika makan belebihan, walaupun halal, ia
mendatangkan kesan sampingan yang memudharatkan pula.
3. BANYAK MAKAN AKAN MELEMAHKAN
AKAL DAN TERHALANG DARIPADA MENJADI CERDIK.
Benar sekali apa yang disebut
oleh Imam Ad Daraqutni; “Bila engkau ingin sesuatu dari keperluan dunia dan
akhirat, maka janganlah engkau makan dahulu sehingga perkara yang engkau ingin
itu tercapai atau berhasil. Kerana makan itu akan merubahkan fikiran menjadi
lemah.Bukti itu telah dialami oleh banyak orang yang mempraktikkannya”.
4. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN
KURANG IBADAH.
Banyak makan menyebabkan badan
menjadi berat, mata mengantuk, anggota badan lesu dan lemah. Walau pun dipaksa untuk
melakukan sesuatu, tetapi tidak berdaya lagi, kecuali hanya tidur seperti
bangkai terbuang.
Diceritakan bahawa Nabi Yahya as
pernah bertemu dengan iblis sedang membawa sesuatu serupa joran (alat
memancing). Nabi Yahya bertanya; “Untuk apa engkau bawa alat ini”. Jawab iblis;
“Inilah syahwat untuk aku pancing anak-anak Adam”. Tanya Nabi Yahya lagi;
“Adakah aku juga hendak engkau pancing?”. Jawb iblis; “Tidak ada peluang.
Tetapi pernah pada suatu malam, engkau makan agak banyak. Maka aku dapat memancing
kamu sehingga engkau terasa berat untuk mengerjakan solat”. Kata Nabi Yahya;
“Kalau macam itu, mulai hari ini aku tidak lagi mahu makan kenyang sepanjang
hidup aku”. Kata iblis dengan penuh kesal; “Betapa menyesalnya aku kerana
membuka rahsia ini. Mulai hari ini kami golongan iblis tidak akan menceritakan
lagi rahsia ini kepada sesiapa pun”. Ada pun kisah Nabi Yahya terlebih makan
itu cuma berlaku sekali sahaja dalam hidupnya.
Cubalah bayangkan, bagi orang
yang sentiasa kenyang pada setiap malam. Tentu sekali bukan sahaja malas,
bahkan terasa rugi untuk bangun beribadah malam. Bila terjaga pada waktu malam
sayang sekali untuk tinggalkan kain selimut dan tilam empuk untuk bangun
beribadah kepada Allah.
Berkata Syied Sofwan Rahimullah;
“Ibadah itu umpama perusahaan (perniagaan) yang menguntungkan. Warungnya adalah
berkhalwat dan barang perniagaannya ialah berlapar”. Ertinya jika kita tidak
berlapar, maka kita ibarat peniaga yang membuka warung yang kosong.
5. BANYAK MAKAN AKAN
MENGHILANGKAN KEMANISAN DALAM BERIBADAH.
Seperti seorang seniman yang
sedang asyik menumpukan kepada kanvas lukisannya, ia pasti lupa alam
sekelilingnya. Setelah selesai dihasilkan lukisannya, ia akan terasa suatu
kepuasan. Demikian juga dengan badah yang dilakukan dengan takun dan khusyuk,
akan terasa sedap dan nikmat. Selesai ibadah akan terasa suatu kepuasan.
Saidina Abu Bakar berkata; “Sejak
aku menganut Islam, belum pernah perut aku kenyang dengan makanan. Kerana aku
ingin mendapat kemanisan dan kepuasan dalam beribadah. Juga belum pernah aku
kenyang dengan minuman, kerana aku sangat rindukan Allah”.Saidina Abu Bakar
ialah salah seorang sahabat Nabi SAW yang mendapat maqam (tingkatan)
mukasyafah. Ini seperti mana diakui oleh Nabi SAW sendiri, maksudnya; “Tiada
yang melebihi kamu Saidina Abu Bakar dalam rasa mekanisan beribadah puasa dan
solat. Sesungguhnya ia ialah kerana sesuatu yang tersimpan di dalam dadanya
(takwa)”.
Inilah tanda dan sifat orang yang
telah mendapat maqam mukasyafah kerana mengurangkan makan dan minum.Kata
Addoroni, saat aku merasa amat manis sekali dalam ibadah ialah semasa perutku
rapat dengan belakangku (terlalu amat lapar).
6. BANYAK MAKAN SEMBARANGAN
MAKANAN AKAN MUDAH TERJERUMUS KEPADA SYUBHAT ATAU MUDAH MENDEKATI PERKARA HARAM.
Menurut Imam al-Ghazali, barang
halal itu datang kepada kamu hanya sekadar untuk menjadi bekalan sahaja.
Seperti mana disebut oleh Nabi SAW, maksudnya; “Sesungguhnya yang halal itu
tiada datang kepada kamu, melainkan sekadar untuk menjadi bekal dan sekejab
sahaja. Tetapi yang haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.
Banyak makan makanan syubhat
menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal ilmu dan mudah lupa. Oleh sebab
itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa Rasulullah SAW mensifatkan, di antara
halal dengan haram ada di tengahnya perkara syubhat. Walau pun perkara syubhat
belum haram, tetapi ia lebih mendekati ke arah haram dan termasuk perkara
larangan, bagai taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa yang suka meniti
di atas syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram. Bagi orang wara’
perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.
7. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN
TIMBUL PELBAGAI PERKARA BURUK
.Di antara perkara buruk atau
kesan sampingan berpunca daripada banyak makan ialah;
a). Hati dan badan menjadi penat
kerana sebuk berusaha mencari perbelanjaan untuk tujuan menyediakan makanan
yang lazat-lazat dan mahal-mahal perencah dan resepinya.
b). Badan akan menjadi penat dan
letih dalam mencari pelbagai resepi, menyiapkan pelbagai jenis masakan, mencuci
alat-alat yang telah diguna untuk makan dan sebagainya.
c). Menghabiskan masa, fikiran,
dan pertimbangan untuk mengimbangkan resepi agar terasa lazat. Kerana
bimbangkan risiko kekurangan salah satu bahan, nanti kurang sedap.
d). Selepas makan, kesibukan itu
bersambung lagi, seperti kena mencuci gigi, menyiapkan peralatan selepas makan
seperti kertas tisu, menghidang makan ringan sebagai pencuci mulut dan
lain-lain.
e). Jika perut allergic terpaksa
pula pergi ke jamban. Menghadapi risiko kesan sampingan seperti terkena
penyakit darah tinggi, lemah jantung atau kencing manis dan lain-lain, maka
terpaksa pula jumpa doktor dan sediakan ubat sepanjang masa.
f). Selalu rugi di bidang agama
seperti;
i). Banyak makan menjadikan
seseorang malas beribadah atau melambat-lambat sembahyang, kerana terasa penat
akibat perut terlalu kenyang. Jika ibadah pun telah mengurangkan
perkara-perkara sunat.
ii). Orang yang banyak makan akan
sentiasa hendak membuang air kecil atau air besar atau sentiasa kentut. Oleh
sebab itu wudhuknya tidak dapat kekal. Ertinya, ia tidak mampu kekal dalam
keadaan suci, iaitu sentiasa berada dalam wudhuk. Sedangkan orang yang sentiasa
berwudhuk, menurut hadis, ia sentiasa diampuni dosa oleh Allah sepanjang ia
berwudhuk.
iii). Banyak makan menyebabkan
kurang tahan beriktikaf atau tidak dapat berlama-lama dalam mesjid, kerana
keluar untuk keperluan cari makan atau kerana terbatal wudhuk (sentiasa kentut)
atau kerana hendak buang air kecil atau air besar.
iV). Orang yang banyak makan ia
tidak tahan berpuasa, kerana tidak tahan berlapar.
Demikian beberapa kelemahan
keburukan orang yang banyak makan dan ia merupakan satu kerugian.Sesungguhnya
puasa, iktikaf, dawamut toharah (sentiasa berkeadaan suci - sentiasa berwudhu', termasuk juga
menjaga kebersihan pakaian pada diri) dan lain-lain itu merupakan perkara yang
menjadi ibadah dan mendapat pahala. Sedangkan banyak makan, menyebabkan peluang
untuk berada dalam keadaan ibadah dan mendapat pahala menjadi terganggu oleh
kesan sampingan akibat makan banyak seperti perasaan malas, mengantuk,
terkentut, buang air kecil dan besar (menyebabkan tidak tahan berada dalam
keadaan sentiasa wudhu') dan lain-lain.
Kerana itu Nabi SAW mengingatkan,
maksudnya; “Punca segala penyakit ialah rakus atau lahap dalam makan dan punca
segala ubat ialah berpantang”.
Malik bin Dinar pernah berkata;
“Wahai saudara ahli Basrah, disebabkan makan terlalu banyak, maka kita terpaksa
kerap pergi ke tandas, tempat yang hina. Ertinya kita dimalukan oleh Tuhan.
Oleh sebab itu, maka aku amat inginkan sekiranya diberi rezki oleh Tuhan, cuma
cukup untuk menjilat lidah sahaja pada batu krikil”.Oleh itu orang yang Cuma
menghabiskan masa untuk fakir makan dan minum sahaja, maka semua urusan yang
dilakukan (untuk mencari makanan) hanya semata-mata untuk keduniaan dan tidak
ada apa-apa bahagian untuk di akhirat. Kerana apa yang diusahakan semata-mata
untuk menghasilkan najis dan mengakibatkan pula badan lesu, menanggung penyakit
dan masa (umur) tebuang percuma sahaja.
8. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN AMAT
SAKIT KETIKA SAKARATUL MAUT DAN URUSAN PERHITUNGAN DI AKHIRAT MENJADI RUMIT.
Dalam hal ini Nabi SAW ada
mengingatkan; “Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada
sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan
dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi
sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang
telah mendarah-daging bagi kita”.
9. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN
KURANGNYA GANJARAN DI AKHIRAT, KERANA NIKMATNYA TELAH DITERIMA DI DUNIA.
Firman Allah, maksudnya; “Dan
ingatlah hari ketika orang-orang kafir dimasukkan ke dalam neraka, kepada
mereka dikatakan; ‘Kamu telah menghabiskan rezki dan kesenanganmu yang baik di
dunia dan kamu telah pun bersenang-senang dengannya, maka pada hari ini dibalas
pula dengan azab yang menghinakan. Kerana kamu dahulu di dunia sombong dan
fasiq tanpa hak” –(Surah Al Ahqaaf ayat 20).Jika kita hanya mengambil dan
menggunakan nikmat dunia semata-mata untuk merasakan kesenangan di dunia, maka
akibatnya nikmat di akhirat akan dikurangkan oleh Allah.
Diriwayatkan bahwa suatu masa
Khalid Ibnu Walid menghidangkan makanan yang enak-enak kepada Saidina Umar.
Lalu Saidina Umar berkata; “Makan yang enak ini kita akan makan sekarang,
tetapi bagaimana dengan nasib orang –orang fakir di kalangan sahabat Muhajirin
yang meninggal dunia, kerana belum pernah kenyang makan roti yang dibuat
daripada sya’ir (iaitu gandum yang amat murah harganya)”. Khalid menjawab; “Ya,
Amirul Mukminin, bagi mereka sudah ada syuga. Sekarang mereka sudah mendapat
ganjarannya”. Kata Saidina Umar lagi; “Kalau begitu, mereka sudah dapat syurga,
sedangkan kita baru dapat makanan yang enak ini. Amat celakalah kita, kerana di
antara kita dengan mereka berbezaan amat jauh sekali”.
Saidina Umar amat faham tentang
peringatan Rasulullah SAW, bahawa jika seseorang itu telah mendapat nikmat
dunia dan bermewah-mewah dengannya, nanti di akhirat ganjarannya akan
berkurangan.
Diriwayatkan bahawa suatu hari
Saidina Umar merasa dahaga. Lalu ia meminta air daripada seorang sahabat yang
ada berdekatan dengannya. Sahabat itu pun menghulurkan kepadanya air yang di
dalamnya bercampur beberapa butir buah kurma sehingga air itu terasa manis. Sebaik-baik
sahaja Saidina Umar menghirup seteguk air itu, lalu ia bagaikan tersentak dan
bersuara; “Aduh...”. Tapi sahabat itu menyangka Saidina Umar tersentak kerana
air itu kurang manis. Dia pun berkata; “Ya, Amirul Mukminin….seboleh-bolehnya
aku inginkan agar air itu cukup terasa manis, tetapi jika ia kurang manis, aku
minta maaf…”. Balas Saidina Umar; “Aku tersentak itu bukan kerana tawar, tetapi
kerana terlalu manis”. Selepas itu dengan nada terharu Saidina Umar menyambung
lagi; “Kalaulah tidak kerana ada Hari Akhirat, maka aku akan bersama-sama kamu
bersenang-senang menikmati kehidupan di dunia ini”.
10. BAHAYA MAKAN MERUMITKAN SOAL
JAWAB DI AKHIRAT.
Bahaya makan terakhir ialah
mengakibatkan seseorang itu akan menghadapi saat rumit ketika berhadapan dengan
soal jawab di akhirat.Walau pun memakan rezki yang halal, tapi jika di akhirat
kita disoal siasat oleh Allah di Mahkamah Akhirat tentang daripada mana kita
perolehi yang halal itu dan ia diperhetungankan satu persatu. Jika kita memakan
makanan yang syubhat, kita akan disalahkan, kerana hanya ingin
bersenang-senang. Sedangkan hal ehwal keadaan jiran, orang miskin dan lain-lain
orang yang susah, tanpa dibantu, itu akan ditanya kelak oleh Allah kepada kita.
Sesiapa yang tidak membantu orang
yang memerlukan bantuan, sedangkan ia mampu, maka ia dianggap tidak tergolong
sebagai umat Islam.
Sebuah hadis bahawa Nabi SAW
bersabda amat tegas sekali, maksudnya; “Siapa yang tidak memikirkan urusan
sesama Muslim, ia dianggap bukan golongan mereka (bukan golongan Muslim)”
-(Riwayat Al Hakim dari Ibnu Mas’ud).
Oleh itu, dalam hidup ini, kita
selaku umat Islam telah tersedia memikul amanah, sama ada amanah masyarakat
atau amanah diri dan keluarga. Jadi, tidak pantaslah setiap hari kita cuma
memikirkan tentang makan dan mengisi perut sahaja. Kerana kita mempunyai
tanggungjawab yang lebih besar terhadap keluarga dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment