Doa-doa yang mustajab.
01.Ingin penulis kongsikan di sini
beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan
Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:
"Allahumma inni as aluka
anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul
lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang
bererti:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku
memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah,
tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat
meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan
dari sesuatu apapun."
Doa ini merupakan doa seorang sahabat
yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau
telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa
dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam
Ahmad.
02.Doa Nabi Musa A.S
sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li
sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah
dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka
memahami perkataanku."
03.Membaca nama-nama
Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.
Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha
Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur(Maha
Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha
Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang
Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.
Bahkan afdhal juga jika dibacakan
kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi
S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya
(menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama
Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.
04.Doa tahiyat akhir,
iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika
min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri
fitnatil masiihid dajjal",
maksudnya:
"Ya Allah ya tuhanku, aku
berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa
kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan
aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"
Sungguh jika kita lihat secara teliti,
dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu
banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba
beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamah dengannya.
Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling
sempurna.
Penulis mengharapkan agar kita semua
dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara
dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam
doa-doa yang mustajab.
Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu
dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.
Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu
dari najis bid'ah dan syirik.
Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah
kami kepada-Mu.
Selawat dan salam ke atas rasul
junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang
beroleh kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana
kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat
kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan
pesanan-Mu...?
Sumber : Artikel iLuvislam.com
No comments:
Post a Comment