Diantara dua bahu nabi SAW ada cap kenabian (Khatamun Nubuwwah)
sepertimana lakaran di atas.
Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk&mikraj m/s 4)
diceritakan..ketika nabi sedang berada ni Hijir Ismail( Baitullah)..datang
malaikat Jibrail dan Mikail, dan dibelah dada nabi dari pangkal leher hingga ke
bawah perut, dan disucikan hati nabi dan dibasuh jantung nabi dengan air
zam-zam 3 kali..dan kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah dengan Khatamun Nubuwwah..
Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s
51&52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yang hitam (nampak timbul)
bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma)
yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani
dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu,
” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya,
Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan ,
“Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana
engkau mau) dan di sebelah kirinya pula, “Sesungguhnya engkau Muhammad dibela
atau dibantu,”
Disokong dengan Hadith..
Berkata hadrat Imam Thirmizi RA, barangsiapa berwudhu’lalu
melihat ia(ini khatam) diwaktu subuh,nescaya akan dipelihara akan dia ALLAH
Taala sampai petang.sesiapa melihat ia di waktu maghrib,nescaya memelihara dia
akan ALLAH Taala sehigga waktu subuh,dan barangsiapa melihat ia ketika awal
bulan(nampak anak bulan),nescaya memelihara akan dia ole ALLAH Taala sampai
akhir bulan,dan barang siapa melihat ia akan awal tahun(nampak anak
bulan),nescaya memelihara akan dia oleh ALLAH Taala sampai akhir tahun dari
bala dan bencana,dan barangsiapa melihat ia ketika bermusafir,nescaya jadilah
safar itu diberkati ALLAH Taala keatasnya,dan barangsiapa mati pada demikian
tahun,mengkhatamkan(mengakhirkan) oleh ALLAH Taala baginya dengan iman bahkan
aku (Tharmizi) berharap akan ALLAH Taala,bahawasanya barangsiapa melihat ia(ini
khatam) dengan benar cintanya akan Nabi SAW,dengan kepercayaan iman yang benar,
dengan umurnya yang satu sahaja,memelihara ALLAH Taala akan seluruh apa yang
tidak disukai sampai ia bertemu akan ALLAH Taala. (syarah Barzanji m/s 52)
Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a telah berkata:
“Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia
berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda
menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil
wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang
Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda.” (H.R
Bukhari)
Berkata al-Qurtubi: Hadith-hadith sahih bersepakat menyebut
bahawa cap kenabian adalah sesuatu yang jelas kemerahan terdapat pada bahu kiri
Baginda. Sekurang-kurang kadarnya adalah sebesar telur merpati dan sebesar-besarnya
sebuku tangan.
No comments:
Post a Comment