Rahsia
di sebalik senyuman
1. Para saintis mendapati senyum dan
ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat
merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf
otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat
percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan
hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita
tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian
menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk'
ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia
menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya
menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi
gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam
otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu
rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang
ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama
seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan
darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan
turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa
kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara
empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari
di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah
diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh
sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak
baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua
kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama
dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah
bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas
kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati
peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh
tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan
pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting
untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan
penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan
tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak
langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan
emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan
sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan
ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat
Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati
40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang
yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara
senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan,
muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan
menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan
keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi;
membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu
memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan
nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori
seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan
kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah.
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak
perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu.
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu
menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah
ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
No comments:
Post a Comment