RAWATAN ALTERNATIF

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh....

Bismillahirrahmannirrahim....

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam...Selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.keluarga serta para sahabat dan pengikutnya....

Alhamdulillah.... Terima kasih Kepada semua pembaca yang dihormati lagi dikasihi atas kunjungan anda semua ke blog saya....semoga kita semua berada di dalam peliharaan serta perlindungan dan moga dirahmati serta diberkati Allah SWThendaknya.... Amin ya rabbalallamin....





Kepada semua / sesiapa yang ingin
berikhtiar dan bertawakkal...silalah menghubungi saya... di http://www.ikhtiarilahi.blogspot.com/
atau di nombor 013-9627969
Insyaallah akan saya ikhtiarkan....
terbuka kepada semua.... muslim & non muslim

"Laahaulawala quwataillabillah"

(Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah)

“ Laa ilaaha illallah, Wahdahuu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadir”

(Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Esa, Tiada Sekutu Bagi-Nya, Bagi-Nya Semua Kerajaan dan Bagi-Nya Segala Kepujian, Yang Menghidupkan dan Mematikan dan Dia Jualah Yang Maha BERKUASA di atas Segala Sesuatu)


Insyaallah dengan izinNya... moga dipermudahkan segala urusan dan dikabulkan segala hajat kita...
Amin ya rabbal allamin....


Sekian.. Terima kasih...


Wassallam mualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..........


Tuesday, September 23, 2014

7 Zikir Pembuka pintu Rezeki


1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin – Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLA S: Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH : Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. InshaaALLA

Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam

Khasiat Garam Dalam Perubatan Islam
- Lancar Darah,Masalah Saraf - Kebas, Sihir/Santau/Saka, Pagar Rumah, Masalah Ketagihan, Lemah Badan,Migrain, Buang Toksin, Sakit Lutut, Gout dll

SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM
Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam”


Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”

Hadis riwayat Al – Bazzar.

Garam Sunnah dan Pengamalannya.

* Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).

Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.

KELEBIHAN GARAM
AMALAN RASULULLAH S.A.W MEMAKAN SECUBIT GARAM SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN KINI DIBUKTIKAN OLEH SAINS BAHAWA TABIAT INI MENAMBAHKAN KEBERKESANAN PERUT UNTUK MENGHADAM MAKANAN DAN MENGHINDARKAN PERUT DARI MENYERAP RACUN.

Ternyata berkesan menghilangkan pelbagai penyakit.

Khasiat Asam Gelugor

Khasiat Asam Gelugor

ASAM GELUGOR ni banyak khasiatnya. Ais rebusannya dipercayai dapat mengecutkan rahim bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Selain itu, ia juga dapat menurunkan berat badan.Ia terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.
Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk
 merawat reumatisme dan masalah dalam perut.

Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan 
darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga. Sebagai tambahan Asam Gelugor yang sudah diproses ia akan menjadi Asam Keping. 

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya
adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi  dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.


Cuka Makan Mengurangkan Sakit Akibat Gangguan

Cuka Makan Mengurangkan Sakit Akibat Gangguan

Bagi mereka yang sakit akibat gangguan jin,adakalanya akan ada rasa menyucuk/sengal dikawasan tertentu anggota badan,contohnya pada otot pinggang,tulang belakang,jantung,dada,rusuk dan sebagainya.

Untuk mengatasinya ialah buka botol cuka makan,bacakan Bismillah 3x dan Kursy 7x lalu tiup 10saat pada cuka tersebut.

Apabila anda terasa sakit akibat gangguan,sapukan cuka makan ruqyah tadi pada tempat yang sakit 3-5x sehari,insyaAllah berkesan,selamat mencuba.

Ayat-ayat Pendinding Yang Boleh Membuatkan Jin dan Syaitan Lari

Ayat-ayat Pendinding Yang Boleh Membuatkan Jin dan Syaitan Lari

Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita.Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka bumi ini.
Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni, kan? Siap ada filem lagi.
Percaya kepada benda-benda ghaib
Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya.
Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya.
Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah ini.
Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa) sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia mereka sangat berbeza dengan dunia manusia. Struktur fizikal dan persepsi mereka melangkaui dari apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita.
Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak sengaja ternampak entiti ini, anda akan berasa takut dan gerun dengan wajah mereka yang hodoh dan mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Aaron Aziz atau secantik Neelofa. Muka mereka sangat hodoh dan menakutkan! Eeeerr…
Oleh itu, anda memerlukan perlindungan. Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini.
§  Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh tukang besi?
§  Perlukah anda menempah senjata canggih dari syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat untuk memerangi jin dan syaitan ini?
Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba juga, jin dan syaitan ini mungkin akan gelakkan anda nanti.
Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran.
Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini
Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :
1.      Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
2.      Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
3.      Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
4.      Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari  Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.
Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin sememangnya tidak suka bau wangi.
Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda. Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.

Bukti Al-Quran Bukan Buatan Manusia

Bukti Al-Quran Bukan Buatan Manusia

Al-Quran adalah kalam Allah yang merupakan sebuah Mu'jizat yang diturunkan kepada Nabi akhir zaman Muhammad. Tidak ada yang menandingi keindahan bahasa Al-Quran dan keindahan ketika kita melantunkan Al-Quran. Banyak orang yang hatinya tergetar jika di bacakan ayat-ayat Al-Quran, sehingga kemudian dia mendapatkan risalah kebenaran. Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang terjaga keasliannya walau telah diturunkan 14 abad yang lalu akan tetapi tetap terjaga dalam satu bahasa dan satu huruf yang terangkai di dalamnya. 

Banyak usaha-usaha yang di lakukan oleh orang-orang kafir untuk memalsukan Al-Quran, namun usaha itu selalu kandas dan sia-sia. Al-Quran yang berjumlah 30 juz, 112 surat, 6666 ayat dan 51.900 kata itu dengan mudah di hafalkan oleh orang-orang yang beriman dan mempunyai hati yang bersih. 

Al-Quran adalah sumber ilmu yang tidak pernah ketinggalan zaman bahkan selalu mendahului zaman, kerana kebenarannya baru terbukti ketika zaman sudah mampu mencipta teknologi bermula dari ilmu matetamtika, Biologi, perubatan, fizik, kimia, bahasa, sejarah dll, segala ilmu telah terbukti sebelum ditemui alquran telah mentafsirkan dan menuliskannya. Keajaiban lain dari Al-Quran yang tak kalah mencengangkan adalah bahawa Al-Quran ternyata tersusun menurut perhitungan Matematis yang sangat teliti dan sangat cerdas!! 
Berikut ini beberapa perhitungan yang benar-benar merupakan mukjizat. 

Kata "Yaum" (hari) dalam bentuk perseorangan disebutkan sebanyak 365 kali, yang sama jumlahnya dengan jumlah hari pada tahun Syamsyiyyah 
Kata "Yaum" (hari) dalam bentuk jamak sebanyak 30 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu bulan 
Kata "Syahr" (bulan) sebanyak 12 kali, sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun. 
Kata "Sab'u (minggu) disebutkan 7 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu minggu 
Jumlah "Saah" (jam) yang didahului dengan "Harf" sebanyak 24 kali, sama dengan jumlah jam dalam satu hari 
Kata "Sujud" disebutkan 34 kali, sama dengan jumlah rakaat dalam solat 5 waktu 
Kata "Shalawat" disebutkan 5 kali, sama dengan jumah solat wajib sehari semalam 
Kata "Aqimu" yang diikuti kata "Solat" Sebanyak 17 kali, sama dengan jumlah rakaat solat fardhu. 
Kata "al-Dunya" disebutkan sebanyak 115 kali, begitu juga kata "al-Akhirah" sebanyak 115 kali 
Kata "al-Israf" disebutkan 23 kali, begitu juga kata sebaliknya "al-sur'ah" 
Kata "Malaikat" disebutkan 88 kali, kata sebaliknya "al-syayathin" juga 88 kali 
Kata "al-Sulthan" disebutkan 37 kali, kata sebaliknya "al-Nifaq" juga 37 kali 
Kata "Harb" (panas) sebanyak 4 kali, lawannya "al-Bard" (sejuk) juga 4 kali 
Kata "al-Harb" (perang) sebanyak 6 kali, lawannya "al-husra" (tawanan) 6 kali 
Kata "al-Hayat" (Hidup) sebanyak 145 kali, sebaliknya "al-Maut" (mati) 145 kali 
Kata "Qalu" (mereka mengatakan) sebanyak 332 kali, sebaliknya "Qul" (katakanlah) juga sebanyak 332 kali 
Kata "al-sayyiat" (keburukan) yang menjadi sebaliknya kata "al-Shahihat" (Kebajikan) masing-masing 180 kali 
Kata "al-Rahbah" (cemas / takut) yang menjadi kebalikan kata "al-Ragbah" (berharap / ingin) masing-masing 8 kali 
Kata "al-Naf'u" yang menjadi kebalikan kata "al-Fasad" masing-masing 50 kali 
Kata "al-Nas" yang menjadi kebalikan kata "al-Rusul" masing-masing 368 kali 
Kata "al-Asbath" yang menjadi kebalikan kata "al-Awariyun" masing-masing 5 kali 
Kata "al-Jahr" yang menjadi kebalikan kata "al-Alaniyah" masing-masing 16 kali.Masih banyak lagi, yang tidak dapat disebutkan satu-persatu 
Sekarang lakukan pengiraan seperti berikut: 

Dengan mencari peratusan jumlah kata "bahr" (lautan) terhadap total jumlah kata (bahr dan barr) kita dapatkan: (32/45) x 100% = 71.1111111% 

Dengan mencari peratusan jumlah kata "barr (daratan) terhadap total jumlah kata (bahr dan barr) kita dapatkan: (13/45) x 100% = 28.888888889% Kita akan mendapatkan bahawa Allah SWT. Dalam Al-Quran pada 14 abad yang lalu menyatakan bahawa peratusan air di bumi adalah 71.11111111%, dan peratusan daratan adalah 28.8888888889, dan ini adalah nisbah yang nyata dari air dan daratan. 
Itulah sebahagian kecil keajaiban dan kemukjizatan Al-Quran. Keajaiaban yang lain merupakan misteri yang akan insyaAllah akan dipecahkan oleh orang-orang yang berilmu. 

Seorang ahli biokimia berbangsa Amerika keturuna Mesir dan seorang saintis Muslim, Dr. Rashad Khalifa, adalah orang yang pertama yang mencari sistem matematika pada reka bentuk Al-Quran. Dia memulakan meneliti komposisi Matematik dari Al-Quran pada tahun 1968, dan memasukka Al-Quran ke dalam sistem komputer pada tahun 1969 dan 1970, yang diteruskan dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris pada awal 70-an. Dia tertantang untuk mendapatkan jawapan dalam menjelaskan permulaan pada beberapa surah dalam Al-Quran (seperti Alif Lam Mim) yang sering diberi penjelasan "hanya Allah yang mengetahui maknanya". Dengan cabaran ini, dia memulakan penyelidikan secara mendalam pada permulaan-permulaan tersebut setelah memasukkan teks Al-Quran ke dalam sistem computer, dengan tujuan utama mencari pola matematik yang mungkin akan menjelaskan pentingnya permulaan-permulaan tersebut. Setelah beberapa tahun melakukan penyelidikan, Dr. Khalifa menerbitkan penemuan-penemuan pertamanya dalam sebuah buku berjudul "MIRACLE OF THE QURAN: Significance of the Mysterious Alphabet" pada Oktober 1973., Bertepatan dengan Ramadhan 1393 

Sementara itu Angka yang sering keluar daalam quran adalah angka 19 

Dalam Al-Quran. Keistimewaan nombor 19 di dalam Al-Quran ini, di antaranya: 
1. Kata bismillahirrahmanirrahim, yang merupakan kata pembuka dari surah Al-Quran terdiri daripada 19 huruf. 
2. Pakej wahyu pertama (Al Alaq (96) ayat 1-5), diturunkan sebanyak 76 huruf atau 19 x 4. 
3. Ayat pertama kali turun, (Surah Al-Alaq ayat 1), terdiri dari 19 huruf. 
4. Jumlah surah Al-Quran ada 114 atau 19 x 6. 

Angka 19 inilah yang menjadi alat kawalan huruf di dalam Al-Quran, sehingga Al-Quran terpelihara dari perubahan yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Tidak akan pernah sedikitpun meleset dari hitung-hitungan, anda boleh bandingkan dengan kitab suci lain. perhatikan bagaimana Angka 19 dalam mengawal Al-Quran: 

Surah ke-68, yang bermula huruf nun. Jumlah nun dalam surah tersebut 133 atau 19 x 7. 
Surah ke-36, yang bermula huruf ya sin, mempunyai huruf ya sebanyak 237 dan huruf sin 48. Bila dijumlahkan mejadi 285 atau 19 x 15. 

Surat ke-13, yang bermula huruf alif lam mim ra ', di mana jumlah alif = 605, lam = 480, mim = 260 dan ra' = 137, total keempat huruf tersebut 1482 atau 19 x 78. 

Sebahagian besar ahli tafsir menafsirkan 19 sebagai jumlah malaikat. Menurut Dr. Rashad Khalifa, menafsirkan bilangan 19 sebagai jumlah malaikat adalah tidak tepat. Bagaimana mungkin jumlah malaikat dapat dijadikan untuk cubaan bagi orang-orang kafir (Al Muddathir ayat 30-31). 

"Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga). Dan Kami jadikan penjaga neraka itu hanya dari malaikat, dan Kami menentukan bilangan mereka itu hanya sebagai cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi kitab menjadi yakin, agar orang yang beriman bertambah imannya, agar orang-orang yang diberi kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (berkata), 'Apakah yang dikehendaki Allah dengan (bilangan) ganjil ini?' Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang Dia kehendaki. Dan tidak ada yang mengetahui bala tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. dan Saqar itu tidak lain hanyalah peringatan kepada manusia. " 

Selain penjelasan di atas, dalam masa beberapa kejadian di alam ini dan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, ada yang merujuk kepada bilangan 19, di antaranya sebagai berikut: 

Bumi, matahari dan bulan berada pada kedudukan yang agak sama setiap 19 tahun. 
Komet Halley melawat sistem suria kita pada setiap 76 tahun (19 x 4). 
Tubuh manusia mempunyai 209 tulang atau 19 x 11.Selain berkaitan dengan kejadian di alam, bilangan 19 juga berkaitan dengan ibadah umat Islam, seperti: 

Solat, jumlah rakaat pada solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya 'masing-masing adalah 2, 4, 4, 3, dan 4 rakaat. Jika jumlah rakaat tersebut disusun menjadi sebuah angka 24434 merupakan bilangan kelipatan 19 atau 19 x 1286. 

Di abad moden pun banyak orang-orang yang memang ingin mengubah isi alqur'an akan tetapi sampai saat ini alquran masih asli dari pertama diturunkan kerana al quran adalah tuntutan dan mukjizat terbesar yang di ciptakan Allah kepada Umat Muhammad Umat akhir zaman! 

Sumber

Petua Merawat Kulit Terkena Minyak / Air Panas

Petua Merawat Kulit Terkena Minyak / Air Panas


Kulit anda terkena minyak/air panas?
Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana ikhtiar petua di bawah:

1. Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat. 

2. Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. 
Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama 
setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi 
tidak mengelembung dan berair.


Selamat mencuba.

Petua Orang-Orang Tua@ Tradisional untuk Sakit Tekak

Petua Orang-Orang Tua@ Tradisional untuk Sakit Tekak

Masa kecik2 dulu, kalau sakit tekak selalunya ada petua2yang mak kita selalu amalkan untuk anak2 dia macam  akan buat air asam jawa yang diembun semalaman dan esok nya minum.

Dibawah ini ada Petua lain yang boleh diamalkan bila kena sakit tekak ok...

Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong.Cubalah mengikut petua ini:
 
·                     Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam.Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
·                     Rebus beberapa biji buah pisang masak.Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila.Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
·                     Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.Campurkan dengan gula danembunkan selama satu malam.Minum dua kali seminggu.
·                     Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Rawatan Lain

 1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumurdengan air suam.

2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat  segi analgesic dan antipyretic.Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye’s.  

3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak. 


4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

( info from healthportal)

Ciku - Penawar Buasir

Ciku - Penawar Buasir

Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.

Selain untuk merawat buasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium.


(sumber

Khasiat Biji Selasih

Khasiat Biji Selasih

Biji selasih iaitu biji-biji kecil yang kelihatan seperti telur katak sering dicampurkan ke dalam minuman sejuk terutamanya laici kang dan juga beberapa minuman sejuk yang lain.  Adakah anda tahu, biji selasih sebenarnya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.  Di antara khasiatnya adalah:
  
1.          Dapat mengurangkan panas badan.
2.          Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
3.          Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
4.          Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
5.          Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
6.          Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
7.          Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Cara Mudah Nak tahu Kedai Guna Pelaris Jin(sihir)

Cara Mudah Nak tahu Kedai Guna Pelaris Jin(sihir)

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat"
( Al-Hijr: 42) 


"Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)

"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Assalamualaikum,salam blogger

Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.

Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.


Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. 

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he

Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Doa-doa yang mustajab.

Doa-doa yang mustajab.

01.Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:
"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.

02.Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

03.Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.
Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur(Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.

Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.

04.Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal",

maksudnya:

"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"
Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamah dengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.
Penulis mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari najis bid'ah dan syirik.
Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepada-Mu.

Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.

Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan pesanan-Mu...?


Doa yang Mustajab : Waktu dan Amalannya

Doa yang Mustajab : Waktu dan Amalannya

Solat hajat merupakan amalan yang sinonim dengan masyarakat kita. Selalunya jikalau ada sesetengah perkara contohnya peperiksaan anak, solat hajat selalunya didirikan dengan bacaan-bacaan tertentu untuk memohon pertolongan Allah S.W.T di dalam sesuatu perkara ataupun selain daripada itu. Namun pernahkah kita menyemak semula,
adakah solat hajat itu dari amalan Rasulullah S.A.W? Apakah baginda S.A.W dan para sahabat pernah mendirikan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah S.W.T? Adakah para sahabat pernah mengamalkannya di kala kesusahan? Jikalau baginda S.A.W tidak pernah mengamalkannya, maka apakah amalan yang baginda S.A.W dirikan bagi memohon pertolongan Allah S.W.T semasa baginda mempunyai hajat ataupun ketika ditimpa kesusahan? Apakah waktu-waktu yang baik untuk kita berdoa, agar amalan kita selari dengan kaedah dan amalan yang telah dilakukan Nabi Muhammad S.A.W? Apakah ada alternatif lain bagi kita untuk berdoa memohon hajat, selain daripada mendirikan solat hajat?

Sesungguhnya amalan solat hajat itu berasal dari hadis yang tidak berapa kuatsanadnya, atau dengan kata lain, hadis yang dhaif. Adapun bagi mereka yang mengatakan amalan solat hajat itu ada dalam amalan sunnah, dalam masa yang sama mereka mengatakan bahawa:

1) Tidak boleh didirikan secara berjemaah kerana bukan itu yang dilakukan di dalam hadis.

2) Tiada bacaan yang khusus di dalam solat hajat, iaitu rakaat pertama sekian bacaannya, rakaat kedua sekian bacaannya.

Berikut amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insya-Allah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah S.W.T. Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.


Waktu-waktu mustajabnya doa.

01.Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

02.Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.

05. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.
06. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

07.Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau

2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...


Amalan-amalan yang memustajabkan doa.

01.Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.
Adapun amalan-amalan sunat yang sunnah, sila rujuk kepada artikel penulis "Mengejar Cinta Pemilik 'Arasy".

02.Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.

03.'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.
Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu,

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]

Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (claim) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. Hal ini juga telah penulis bawakan di dalam kisah tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam gua.

04.Menghulurkan pertolongan.
Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

05.Sabar.

Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.